TERKINI dari Facebook Rasmi Najib Razak ,Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan

Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara. KENYATAAN AKHBAR Saya dan keluarga akan bercuti ke luar negara mulai hari ini untuk berehat selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14. Dalam tempoh ini, saya akan mengambil keputusan mengenai kedudukan saya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, dengan mengambil kira kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional pada PRU ke-14. Saya mengambil maklum pelbagai pandangan pemimpin dan ahli-ahli parti di semua peringkat mengenai kedudukan saya. Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan pilihan Raya Umum ke-14. Sebarang keputusan saya itu akan memastikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti yang paling banyak kerusi di Parlimen terus kekal utuh agar dapat terus menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat. Sekembalinya ke tanah air minggu depan, saya akan memaklumkan keputusan tersebut dan perancangan masa depan saya. Sepanjang tempoh ini saya memohon semua ahli UMNO dan Barisan Nasional bertenang dan tabah serta terus menguatkan ikatan kita terutama dalam suasana politik yang mencabar ini. Sebarang keputusan yang saya akan buat nanti, hanyalah untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional agar kembali kuat dan mendapat semula kepercayaan rakyat. Saya yakin UMNO dan Barisan Nasional dapat mengembalikan kekuatan ini kerana sepanjang 60 tahun mentadbir negara, kita telah membuktikan kemampuan kita berkhidmat kepada rakyat Malaysia. Kita semua kena redha dengan ketentuan Allah S.W.T, selain melihat semua ini sebagai ada hikmahnya. Marilah kita semua berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak 12 Mei 2018

No comments

Powered by Blogger.