MICHAEL JACKSON LIVE IN MALAYSIA 1996
1Konsert Michael Jackson HIStory World Tour '96 pada mulanya dijadualkan akan berlangsung pada hari Ahad 27 Oktober 1996 di Stadium Shah Alam, Selangor. Iklan mengenai penganjuran konsert serta penjualan tiket telah berjalan 3 minggu lebih awal.
Walau bagaimanapun, lebih kurang 2 minggu sebelum konsert berlangsung, pihak kerajaan negeri Selangor telah bertindak membatalkan konsert tersebut dengan menarik balik permit persembahan. Dalam erti kata lain, Selangor mengharamkan konsert Michael Jackson.
Penganjuran konsert artis luar negara di Stadium Shah Alam bukanlah sesuatu yang asing kerana setahun sebelum itu kumpulan rock Bon Jovi pernah membuat persembahan di situ. Menteri Besar Selangor ketika itu, Muhammad Muhd Taib memberitahu Harian Metro bahawa konsert Michael Jackson "bertentangan dengan nilai masyarakat tempatan"..Jap min nk gelak..BHAHAHAHA..
OK,sambung..
Beliau juga berkata "hanya penyanyi atau artis yang menjadi role model yang baik dibenarkan mengadakan persembahan di Stadium Shah Alam", contohnya seperti "Sheila Majid". Tetapi hakikatnya konsert "role model yang baik" Sheila Majid juga sebenarnya pernah dibantah oleh para mahasiswa pada 1989.

Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan pembatalan atau pembantahan konsert di Malaysia akan serta merta mengerti bahawa tujuan utama tindakan sebegitu selalunya adalah semata-mata untuk mengangkat imej pertubuhan politik tertentu supaya dilihat sebagai pembawa moral yang baik kepada masyarakat umum.
Konsert Michael Jackson dianjurkan oleh Jojo Entertainment dan ditaja oleh Mutiara Telecom. Tiket dijual di antara harga RM65 hinggalah RM350, dan dijangkakan lebih 60,000 penonton akan hadir ke lokasi asal di Stadium Shah Alam.
Oleh kerana lokasi asal tidak dapat digunakan dan tiket juga telah terjual serta persiapan telah dilakukan, maka pihak penganjur terpaksa memindahkan lokasi konsert ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang hanya mampu memuatkan seramai 40,000 penonton. Memandangkan jumlah jangkaan penonton yang pastinya akan melebihi kapasiti Stadium Merdeka, maka konsert Michael Jackson telah ditambah sehari lagi, iaitu pada 29 Oktober 1996, hari Selasa!
Berikut adalah beberapa perkara menarik mengenai kunjungan Raja Pop, Michael Jackson selama 5 hari ke Malaysia pada 26 Oktober hingga 30 Oktober 1996 mengikut kronologi:
- Demonstrasi membantah kehadiran Michael telah diadakan pada hari Jumaat, 25 Oktober 1996 berhampiran Masjid Negara, Kuala Lumpur.
- Michael tiba dari Singapura (selepas mengadakan konsert di sana) dengan jet peribadi yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz pada hari Sabtu, 26 Oktober 1996 jam 2.30 petang.Lebih kurang 1,000 orang peminat menyambut ketibaan Michael di lapangan terbang tersebut (lihat gambar di hujung entri ini).

- Pihak pengurusan lapangan terbang turut memeriahkan suasana dengan menayangkan video klip Michael melalui skrin-skrin televisyen.Michael diberi sambutan tradisional yang lengkap dengan tepak sirih, kompang dan bunga manggar, manakala bunga orkid telah ditabur di sepanjang laluan beliau di lapangan terbang (Nota: bunga orkid juga digunakan dalam konsert beliau semasa persembahan lagu Earth Song).
- Michael dijemput menaiki sebuah van bernombor plet BCN 2 milik Raja Muda Selangor lalu di bawa ke Hotel Concorde, Kuala Lumpur dengan diiringi oleh 2 buah motosikal polis trafik...
Errr...terpetik lak nama pihak istana.sori..kali ni kalu de y g delet gak post ni,min majok lgi 4 bulan!!!..
- Pihak polis menyangkal dakwaan bahawa Michael diberi layanan VIP sebaliknya iringan polis trafik tersebut adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang mungkin terjadi akibat orang ramai yang ingin melihat Michael dari dekat.
- Ketibaan Michael di Hotel Concorde (baca: Cong Ko Dei) disambut dengan paluan irama alat muzik tradisional rebana ubi.Michael dan rombongannya seramai 150 orang telah menyewa keseluruhan tingkat 17, 18, 19 dan 20 di hotel tersebut, termasuk bilik-bilik khas untuk membuat latihan tarian dan tempat simpanan barang mainan.
-
Lebih kurang 500 orang peminat menunggu ketibaan Michael di perkarangan hotel, tetapi cuma 50 orang kanak-kanak dari Rumah Ozanam mendapat keistimewaan untuk masuk bertemu Michael di lobi hotel serta mendapatkan tandatangan beliau.Orang awam tidak dibenarkan memasuki Hotel Concorde sehingga jam 7 malam pada hari ketibaan Michael.Hanya tetamu hotel yang berdaftar dan para jemputan khas dibenarkan masuk.
Michael hanya berehat seketika di hotel. Pada jam 6.15 petang hari yang sama, Michael dan para pengawalnya termasuk beberapa orang anggota polis telah pergi ke kompleks membeli belah 1 Utama di Bandar Utama. Para pengunjung 1 Utama seakan tidak percaya dan ramai peminat yang menjerit mcm ungka yg berjaya tackle mawas betina apabila melihat kelibat Michael yang kelihatan menuju ke kedai Toys R Us.
Pengurus kedai barangan mainan terkenal itu yang terkejut dengan kehadiran Michael telah mengarahkan pintu kedai ditutup sementara Michael membeli barangan mainan seperti patung Superman & Batman, pistol air,mercun tarik,selendang neelopa zouk serta buku kanak-kanak.Setelah hampir 2 jam berada di situ, Michael dilaporkan membelanjakan sebanyak RM800.
Pada hari pertama (Ahad) konsert, peminat berkumpul di luar Stadium Merdeka seawal jam 3 petang wpun konsert bermula pada jam 9 malam.Ramai yg kantoi x solat Zuhur,Asar dan Maghrib.Dah la Subuh pagi tadi subuh gajah,pukul 7.45pagi baru sebok nk solat.Tu pun qunut x baca...huh!!
Konsert malam pertama(waahh..mlm pertama kot



Seorang lelaki warga tua yang memakai tanda nama Maryono turut kelihatan bertugas di Stadium Merdeka. Beliau yang dilihat memegang beg dan lampu minyak tanah dipercayai adalah seorang bomoh yang diupah oleh pihak penganjur bagi berdoa (atau mengamalkan lain-lain aktiviti perbomohan!) supaya hujan tidak turun di stadium yang tidak berbumbung itu (Nota: lokasi asal iaitu Stadium Shah Alam mempunyai bumbung yang boleh ditutup).
Atas ketentuan Allah, hujan tidak turun semasa berlangsungnya konsert.
Pada hari ketiga (Isnin) Michael di Kuala Lumpur, pihak penganjur telah mengaturkan pertemuan beliau dengan 30 orang kanak-kanak (berumur 4 hingga 12 tahun) yang dipilih khas bagi majlis bertemu peminat dengan Michael di Hotel Concorde. Kanak-kanak tersebut dijamu dengan pizza dan turut menerima barangan mainan yang dibeli sendiri oleh Michael sebelum itu di Toys R Us. Pertemuan selama 2 jam itu berakhir pada jam 10.30 malam dengan setiap seorang kanak-kanak mendapat tandatangan Michael.
Salah seorang kanak-kanak bertuah itu, Mohamad Warith Zuhairi dari Subang Jaya telah menerima patung mainan Power Rangers dan tandatangan Michael pada lengankirinya. Adik Warith yang berusia 6 tahun ketika itu berkata bahawa dia tidak akan membasuh atau membuang tandatangan Michael pada lengannya..Seb baik la ko budak..klu x,kaki kiri min ni dh mendarat kat esofagus ko dik..
Konsert hari kedua (Selasa) diakhiri dengan Michael menyebut berkali-kali "Saya cinta Kuala Lumpur".Kenyataan tidak rasmi menyatakan bahawa kos penganjuran 2 buah konsert Michael di Malaysia menelan belanja melebihi RM3 juta.
<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- simple ads ohhsemporna 2 AUTOMATIK -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="ca-pub-8502923832272877"
data-ad-slot="1297324632"
data-ad-format="auto"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
<!-- simple ads ohhsemporna 2 AUTOMATIK -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="ca-pub-8502923832272877"
data-ad-slot="1297324632"
data-ad-format="auto"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Pada hari terakhir (Rabu) Michael di Kuala Lumpur, pihak pengurusan dan pekerja Hotel Concorde seramai 200 orang telah mengaturkan majlis perpisahan dengan Michael di bumbung tempat letak kereta dan di tingkat bawah hotel itu pada jam 10.30 pagi. Mereka turut disertai 15 orang pemuzik dari Kebudayaan Seri Wilayah yang memainkan muzik tradisional Melayu.
Pada jam 10.50 pagi Michael 'menghadiri' majlis tersebut dari kejauhan nun dari bilik suitenya di tingkat 18. Kemunculan Michael di jendela dengan wajah yang tersenyum cukup bermakna kepada orang ramai di bawah..puiii.. Berpuluh-puluh belon berwarna-warni yang bertulis "We'll Miss You" lantas dilepaskan ke udara. Belon-belon tersebut membawa masej
yang bertulis "Heal The World! Jumpa Lagi!". Michael terus tersenyum lalu menghembuskan ciuman serta mengangkat topinya kepada orang ramai di bawah.
Acara terakhir yang sepatutnya disertai oleh Michael di Kuala Lumpur ialah pertemuan khas dengan 50 orang kanak-kanak daripada Tasputra Perkim, Spastic Home dan Rumah Ozanam. Acara tersebut yang melibatkan pemberian barangan mainan dan makan tengahari dijadualkan berlangsung selama 30 minit di Hard Rock Cafe bersebelahan dengan Hotel Concorde.
Malangnya Michael cuma meluangkan masa 3 minit sahaja di situ kerana beliau dikatakan merasa kurang senang melihat ramai orang dewasa juga turut serta berada di situ bersama-sama dengan peminatnya yang paling utama iaitu kanak-kanak.
Hard Rock Cafe yang ditutup kepada orang awam sempena acara tersebut telah dihias cantik dengan belon dan turut disediakan hidangan istimewa, tetapi kehadiran ramai ibu bapa kepada kanak-kanak yang tidak diundang telah menyebabkan Michael meninggalkan acara tersebut.Kanak-kanak dari Rumah Ozanam yang baru tiba dengan bas hanya sempat melihat Michael bergegas keluar. Namun begitu, semua kanak-kanak yang hadir tetap menerima barangan mainan yang ditinggalkan oleh Michael.
Sebaik sahaja meninggalkan Hard Rock Cafe, Michael diiringi ke lobi hotel sambil kelihatan tersenyum dan melambai tangan ke arah ratusan peminat yang memanggil namanya serta jeritanselamat jalan dan "Bye, Michael!".
Kelibat Michael hilang setelah beliau masuk ke dalam van Toyota yang membawanya ke lapangan terbang untuk berlepas ke destinasi konsert yang seterusnya di Bombay, India.Michael dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz lebih kurang jam 12 tengahari.
Walau bagaimanapun, 2 buah jet peribadi (Boeing 707) milik Michael yang sepatutnya berlepas pada jam 1 petang telah terkandas apabila tidak mendapat pelepasan untuk mendarat di Madras, India. Hanya pada jam 2.30 petang(Rabu, 30 Oktober 1996) jet yang membawa Michael dibenarkan terbang
meninggalkan Malaysia.


-ZZ-
sumber: arkibnegara
Leave a Comment