Tahniah Semporna ! Sempena Sambutan Regatta Lepa Semporna Jubli Perak ke -25 Tahun 2018
Tahniah Semporna !
Sempena Sambutan Regatta Lepa Semporna Jubli Perak ke -25 Tahun 2018.
Laut Semporna menjadi saksi . Indahnya Lepa Tradisi yang menjadi kebanggaan
Semporna belayar di pesisir Jeti Dataran Lepa. Tarian Igal dan Sambulayang menambahkan lagi seri Pesta Regatta Lepa. Mana mungkin di pisahkan Lepa ,Sambulayang dan Igal !
Syahdu rasa hati bagi anak Semporna di perantauan yang tidak dapat pulang ke Semporna meraikan bersama Pesta Regatta Lepa.
Sambutan Regatta Lepa kali ke-25 ini walaupun di raikan secara sederhana, namun kemeriahan tetap di rasai. Pekan Semporna di penuhi peniaga makanan,minuman,pakaian,akesesori,kasut dan penjual belon yang menambahkan lagi kemeriahan Pesta Regatt Lepa.
Terima kasih kepada Dato Haji Abd Hajan Bin Haji Gurimbang selaku Pengerusi Pelaksana Regatta Lepa Semporna Jubli Perak ke-25 Tahun 2018. Di atas usaha dan semangat kuat beliau, Pesta Regatta Lepa dapat dilaksanakan dengan jayanya kali ini.
Moga Pesta Regatta Lepa dapat dilaksanakan setiap tahun dan menjadikan Semporna terkenal di mata dunia sebagai Daerah Pelancongan dan Kebudayaan yang
hebat dan terkenal. Buat anak Semporna, peliharalah warisan nenek moyang kita.Walau kita menempuh arus kemodenan , jangan di lupa Adat dan Warisan Semporna.
Tahniah Semporna
Siti Payak KopiWriter

















Leave a Comment