SELAMAT MENYAMBUT REGATTA LEPA KE 25TAHUN..
REGATTA LEPA ANTARABANGSA.. Sempena Sambutan Jubli Perak Regatta Lepa ke 25 Tahun.. 18hb Hingga 21 April 2018. Bertempat di Dataran Lepa Dan Padang Pekan Semporna
Regatta Lepa merupakan pesta air yang terbesar di Sabah. Perayaan ini diadakan setiap tahun pada bulan April. Ia merupakan sebuah festival budaya masyarakat Semporna yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negara.
Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat, pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul. Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat termasuk di pulau-pulau akan bertemu dan berkumpul. Kawasan sekitar Pekan Semporna akan dipenuhi ribuan pengunjung untuk sama-sama meraikan dan melihat sendiri keunikan budaya masyarakat Bajau di Semporna.
Perayaan ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Ratusan Lepa yang dihiasi sambulayang, panji, tipas-tipas, payung yang berwarna-warni akan berarak masuk dari pulau-pulau ke kawasan pekan Semporna. Mereka memakai pakaian tradisi dan memainkan alat muzik tradisi sambil ditarikan oleh penari igal-igal lepa masing-masing.
Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama iaitu Acara Laut dan Pentas Budaya. Selain itu terdapat banyak pertandingan sampingan lain seperti pertandingan kereta berhias, pertandingan Offroad 4x4,pameran dan banyak lagi yang disertai oleh NGO, jabatan, persatuan dan sekolah-sekolah sekitar Semporna.
Yang paling menjadi tumpuan adalah pertandingan Arung Salamiah ataupun dahulunya dikenali sebagai Ratu Lepa, pertandingan Lepa Tercantik dan persembahan daripada artis-artis jemputan dan artis-artis Bajau serta persembahan tarian igal-igal dan pementasan budaya.
P/S : Kredit kepada pemilik-pemilik gambar
Leave a Comment